Seperti biasa setiap kali masuk kereta sahaja, start enjin kereta, buka air cond dan turn on radio. As usual, favourite chanel aku Sinar FM. Ada orang kata, radio orang-orang tua…hello!!! Makcik makcik, nenek-nenek pun dengar Era & Hot FM kay!!!
Kebiasaannya, aku akan dengar Sinar FM sampai la ke pejabat. Salah satu sebab adalah kerana segmen lagu merapu Mat Salleh. Bila segmen ni ke udara je, aku kena make sure yang aku dah berada di Lebuhraya Mahameru. Kalau tak, maknanya aku dah lambat ler tu !!! Sure log in lepas 8.30 pagi.
Tapi minggu ni lain. Aku asyik-asyik bertukar channel. Sebab topik-topik pagi minggu ni. Semua radio pun keudarakan topik yang sama. Berkisar mengenai ibu. Jadi aku cuba la mengelak-elak. Tak nak aku bermain emosi pagi-pagi sebelum masuk kerja. Tapi tak dapat nak elak juga..sebab semua radio pun sama je konsep topik pagi dan lagu-lagunya.
Satu pagi tu…..dalam bertukar-tukar channel…aku tertarik plak untuk mendengar satu panggilan pendengar ke radio Sinar. Sikit lebih kurang, macam ni lah perbualannya :
Pemanggil tersebut (lelaki) mengatakan dirinya adalah seorang anak tong sampah. Majlis Bandaraya jumpa dia kat tong sampah dan serahkan ke rumah kebajikan. Nada yang mulanya tenang kini telah bertukar tersedu-sedu. Aku pun apa lagi…joint le sekali…he he…Menurutnya lagi, sampai kini dia tak tau status ibunya, siapa dia, hidup ke atau mati dah ke. Pemanggil juga sempat menasihatkan kepada pendengar, sekiranya telah terlanjur, janganlah buang anak kat tong sampah. Bagilah kat sesiapa atau rumah kebajikan. Part yang paling terharu ialah apabila pemanggil tersebut menyatakan dengan nada yang penuh harapan dan dendam, “Jika mak saya ada mendengar, saya nak cakap, SAYA TUNGGU MAK KAT AKHIRAT!!!!...Astaga…dengan nada beliau yang bergetar tetapi bersungguh-sungguh, dapat aku gambarkan perasaan kekecewaan dan dendam pemanggil bersatu.
Moral cerita ni pada aku? Erm…Aku ingat aku ni dah parah sangat la takde Ibu. Kat luar sana, ada lagi yang lebih sadis dan malang daripada aku ni. Paling tidak, apa yang terjadi pada aku adalah hukum alam dan perjanjian manusia dengan tuhan. Apa yang terjadi pada pemanggil tu, adalah pasti hokum nafsu, padah insan ingkar janji sesama insan yang perlu ditanggung insan lain yang tak berdosa.

Pagi ini aku kepusara ibu. Aku hadiahkan bunga ros putih, Al-Fatihah dan Yassin. Dan aku ucapkan....
SELAMAT HARI IBU
SeKiAn