Tuesday, 4 May 2010

::RaHsIa SuRaH YaSsIn aYaT kE 58::


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.


Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai mungkin, tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar....

Tuesday, 27 April 2010

BuKaN rEnCaNa

HaRi iNi
faJaR MeMaNcAr sEpErTi bIaSa
NaMun hArI-hArIkU
TaKkAn lAgI sEpErTi bIaSaNyA
DaN PeReDaRaN bArU pUn bErMuLa
tErSaSaR dArI rEnCaNa
TeLaH aKu uSaHaKaN sEpEnUh kUdRaTkU
AgAr hArI InI NuN jauH dIsAnA
NaMuN iTu MeNuRuT dIa
DiA yAnG HaFiZ dAlAm bIdAnGnYa
DaLaM kEbErAtAn
dAlAm kEsAnGsIaN
DaLaM dEbArAn
dEnGaN hAtI tIaDa tEtAp
DeNgAn lAfAz BiSmiLLaH
AkU iZiNkAn aKu MuLaKaN

Friday, 9 April 2010

::ReVeRsE AsSuMpTiOn::

Acapkali, ramai antara kita mempersoalkan tentang apa yang terjadi dalam kehidupan seharian. Mempersoalkan mengapa begini...mengapa begitu...kenapa aku...dam macam-macam lagi

Sedikit waktu lalu, telah aku pelajari satu pandangan yang mampu membuat aku menerima segalanya.....seadanya. Aku pelajarinya untuk mengatasi pengalaman aku sendiri, dan juga ketika menasihati permasalahan rakan-rakan lain. Alhamdulillah, dengan menasihatkan rakan-rakan lain, ia juga dengan sendirinya menasihatkan dan memotivasikan diri sendiri.


"Reverse Assumption"....kurang pasti termanya dalam BM ("anggapan songsang" lain pula maksudnya nanti ).


Ianya adalah cara terbaik yang selalu aku praktikkan untuk menerima apapun cabaran dan dugaan dalam keadaan yang positif. Ianya dengan menukarkan penyataan-penyataan negatif yang selalunya secara otomatik akan muncul apabila masalah muncul dan ditukarkan kepada penyataan-penyataan positif.



Sebagai contoh:


mengapa takdir jadi begini? tetapi inilah takdirnya


mengapa cinta begini? tetapi...beginilah cinta


mengapa tuhan harus menghukum aku? tetapi harus tuhan menghukum aku atas kesalahanku






Kaedah ini juga dapat membantu kita untuk membuat keputusan yang berimpak tinggi dalam kerjaya. Ianya dapat membantu dalam mencari jalan penyeselaian kepada masalah-masalah proses kerja serta idea-idea perniagaan yang berpotensi tinggi. Ianya dengan mencabar pemikiran untuk menukarkan proses konvensional kepada sebaliknya. Kaedah ini baru sahaja aku pelajari sewaktu training yang dihadiri minggu lalu.




Sebagai contoh:


Restoran perlu ada meja. Cabar pemikiran dengan andaian bagaimana jika restoran tiada meja...maka wujudlah idea drive thru...take away dsb...


Hotel perlu ada TV, Aircond, Mini Bar dsb.....Bagaimana kalau tidak ada? Boleh tak? Semestinya boleh....ia hanya perlu wujud atas permintaan....maka wujudlah konsep Tune Hotel....begitu juga dengan konsep Air Asia ;-)


Universiti mesti ada kelas. Cabar pemikiran dengan andaian pemikiran Universiti tidak semestinya ada kelas...maka wujudlah Open & Distance Learning, Open University Malaysia ;-) dsb...



Sekadar renungan...agar hidup lebih positif. Pandang jangan sebelah mata, pandanglah dari sudut yang berbeza.




Friday, 29 January 2010

::FaTiHaH::

::Kisah ini digarapkan berdasarkan kisah benar seperti yang diceritakan Kak Lang (Staff Yayasan Salam) sewaktu misi Tsunami Acheh::

Hari ini adalah sesi “Picture Therapy”. Kanak-kanak mangsa Tsunami ditempatkan di suatu tempat dan melukis apa sahaja yang mereka inginkan. Daripada sesi ini, sukarelawan akan dapat menilai perasaan yang terpendam dalam benak kanak-kanak ini. Suatu perasaan yang mungkin tak terluahkan tapi mungkin dapat diabstrakkan dalam bentuk lukisan.

Seperti yang tertulis di atas sudut kanan lukisan kanak-kanak itu, Kak Lang tahu namanya adalah Fatihah. Fatihah berumur 9 tahun.

Kak Lang melihat lukisan Fatihah yang hampir lengkap. Dilukisnya seorang kanak-kanak yang sedang memeluk sebatang pokok. Berhampirannya terdapat sebuah kereta yang dinaiki beberapa orang dengan keadaan tangan melambai meminta tolong di dalam ombak yang menghitam.

Kak Lang seraya bertanyakan padanya “Fatihah lukis apa ni?”

Fatihah lalu membalas soalan Kak Lang dengan kisahnya. Katanya:

“Suatu hari ketika kami (Fatihah, ibu dan adik beradiknya yang lain) sedang nonton (menonton) tv, tiba-tiba ayah memanggil kami semua keluar. Sebaik sahaja kami semua keluar, kami nampak dari nun jauh, air setinggi langit. Setinggi bangunan, hitam menghambat ke arah kami. Ayah menyuruh kami semua masuk kedalam mobil (kereta) untuk menyelamatkan diri. Sejurus sahaja kami semua masuk dan belum pun sempat pun berlalu pergi, air telah menghempas mobil kami. Saya tercampak keluar dari mobil. saya melelapkan mata dan berpaut pada sebatang pokok. Sehinggalah saat air telah surut, saya membukakan mata dan dapat saya lihat mobil kami tengelam dan timbul. Dapat saya dengar jeritan mereka meminta tolong. Namun mobil itu terus terusan dilambung ditelan dan dibawa arus tsunami. Sehingga akhirnya jeritan-jeritan itu lenyap”.

Fatihah hanya mampu melihat. Kudratnya masakan mampu mengubah walau sedikit pun apa yang telah disaksikannya.

Namun katanya lagi “Saya pasti ada hikmahnya dugaan ALLAH yang maha besar ini. Saya yakin, tuhan masih lagi membenarkan aku bernyawa kerana ALLAH tahu, akulah satu-satunya ahli dalam keluargaku yang perlu hidup untuk mendoakan mereka semua”.

Saat terlafaznya ayat ini, meruntun jiwa Kak Lang. Fatihah Cuma 9 tahun. Tapi pemikirannya amat dalam. Kepasrahannya amat kental.

Sekiranya kita sebaya dengan Fatihah, mampukah kita berfikir sejauh itu? Mampukah kita bertahan dengan dugaan semaha besar itu?

Dan ingatlah, ALLAH tidak akan menduga, sekiranya DIA tahu seseorang itu tidak mampu untuk menghadapinya. Ya ALLAH, sesungguhnya dugaanmu sebagai tanda kasihMU. Tanda aku ada dalam ingatanMU. Tanda KAU Maha Pengampun, mensucikan dosa-dosaku.

Sekian

Tuesday, 12 January 2010

FrEsh FlOwEr hAnTaRaN fOr DiLLa EnGaGeMeNt


Fresh flowers hantaran with Pink & White theme. From above 1) Hand Bouquet, 2 & 3) Perfume, 4) Prayer Mat (Sejadah), 5 & 6) Chocolate, 7-9) Plain Cloth, 10) Sirih Junjung, 11 & 12) Fruits, 13 & 14) To be filled with sweets/choc etc

Thursday, 31 December 2009

TwO ZeRo OnE zErO


It UsEd tO bE "NoPeRsOn". StArTs 2010 I aM a SuPeRsTaR!! SuPeRsTaR iN mY FaMiLy, At wOrK, aMoNg fRenS & CoMmUnItY. SuPeRsTaR iS mY mIdDlE nAmE.

My ViSiOn 2010


a) To enjoy life more, happier & healthier
b) To get balanced & organized life
c) Unleash hidden potentials


My mIsSiOn


a) Travel, travel and travel

b) Dont think twice, you want it, grab it!

c) Be selfish (in a positive way)

d) Always put the glass down

e) Wake up early

f) More obedient

g) Drink plenty of water

h) Read more "good" books

i) Listen to "good" inputs

j) Involve with volunteer/charity

k) Pay bills on time

l) Learn how to cook healthy food

m) Disciplinely take supplements/vitamins & exercise

n) Spend more quality time with family & frens

o) Hate free

p) Make more money!!!

q) Spend smart

r) Lessen debt

s) Go recreation, enjoy nature & creature

t) So i think i can dance

u) Smile!!!!

v) Avoid delay

w) Dress & work smarter

x) To add positive melancholic & phlegmatic attributes

y) Share

z) ++


“Your actions are your only possessions.”- Lao Tse




2000 sEmBiLaN


5 Januari 2009, menerima satu pesanan ringkas dari seorang ahli famili. Katanya “Aku nk jaga ko lbh baek utk 2009”. Tapi aku bukanlah minyak yang penuh.

Aku akhiri 2008, dengan azam untuk lebih happy pada 2009. Itu sahaja. Dengan tiga patah perkataan inilah aku melangkah ke 2009. Namun, kadangkala less is more. Bukan senang nak happy dan bukan happy nak senang.

2000 Sembilan. Kau berikan aku satu pengajaran. Kau sedarkan apa yang aku alpakan. Tanpa rasa ragu, aku katakan untuk lebih happy (suka) dalam melayari hari-harimu. Namun aku lupa, bahawasanya duka itu saudara suka. Persis kembar. Suka nan bisa aku rancang, namun duka nan bersahaja mendatang.

Dan aku lembarkan suka duka 2000 Sembilan.

28 Februari 2009

Keluargaku dan aku dirundung kesedihan yang teramat. Kembalinya ibu tercinta Allayarhamah Fatimah Binti Atan ke pangkuan Maha Pencipta. Ia lumrah manusia untuk kembali kepadaNYA. Namun perginya tanpa sebarang pesan amat mengesankan. ALFATIHAH. Aku tahu ibu damai disana. Namun disini, walau untuk menulis namamu ibu, butuh airmataku.

Mac – Ogos 2009

Aku berulang alik ke Jasin, Melaka setiap hujung minggu. Fikiran tak menentu mengenangkan abah yang keseorangan dan kesepian. Aku anak, takkan mampu menggantikan tempat isterinya. Walau apa cara sekalipun. Namun untuk meninggalkan abah keseorangan, meruntun jiwaku. Aku sayang abah. Hanya dia sahaja yang tinggal untuk aku. Aku pernah terasa ingin berhenti kerja dan pulang sahaja ke Melaka. Paling tidak untuk minta di tukar ke Melaka. Namun aku perlu berfikir lebih jauh. And I am glad that i did.

10 Mei 2009

Menyambut hari ibu tanpa ibu L. Entahkan sampai bila. Mungkin sampai menutup mata, melihat seorang ibu, mendengar lagu, menonton cerita dan membaca kisah tentang ibu bagai sembilu menusuk kalbu.

September 2009 (Ramadhan 1430)

1 Ramadhan, hampir seisi keluarga berada di Jasin, Melaka. Menemankan abah untuk berpuasa dan berbuka tanpa ibu. Bagai lauk tanpa garam.

Ramadhan juga mencatatkan cabaran paling getir dihadapi keluargaku. Tak pernah terfikirkan ini akan terjadi. Ku sangkakan galur kisah ini hanya dalam cereka. Namun ia suatu kisah sahih. Benar berlaku. Buat seketika amat pincang arah kami. Dan aku rasa hingga kini, arah itu belum lagi mulus. Dek kemurungan, kesepian dan kesedihan mungkin, nakhoda kami hilang arah tujunya. Atas nama kebahagian abah, kami rela dalam paksa. Semoga abah berbahagia. Tak lepas aku berdoa semoga abah membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya dan juga anak-anaknya.

20 September 2009 (1 Syawal 1430)

Pertama Syawal tanpa ibu. Tiada lagi kurung baru untuk ibu. Tiada lagi rendang ibu. Tiada maknanya lagi Syawal buatku. Speechless......

21 September 2009 (2 Syawal 1430)

Abah mematrikan kebahagiannya. Selamat pengantin baru abah. Tertusuk duri di tujuh hati anakanda. Aku pohonkan pada tuhan. Jangan pernah kau izinkan mana-mana daripada kami untuk jadi derhaka. Peliharalah kami ya Rabbi.

13 Oktober 2009

Hari ulangtahun kelahiranku. Sambutan paling bermakna. Diraikan dihadapan ramai warga OUM bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Deepavali yang diadakan pada hari yang sama. Terima kasih teman-temanku. Pernah dahulu seseorang istimewa bertanyakan pada aku. Antara dirinya dan juga teman-temanku, siapakah yang akan aku pilih. Tanpa aku menunggu lama, jawabku adalah teman-temanku. Dan sehingga hari ini, tiada bukti jawapan aku itu silap. Dia telahpun berlalu namun teman-temanku masih disini.

Oooops...tak lupa juga, memenangi tempat kedua pertandingan fotografi.

22 – 25 Oktober 2009-12-30

Bercuti ke Medan. Asalnya percutian ini adalah bersama arwah mak, abah dan 3 adik beradik yang lain. Tempahan tiket penerbangan telah dibuat di hujung 2008 lagi. Namun, pada hari ini, hanya aku sahaja yang pergi. Alangkah bahagianya jika semua ada disitu waktu itu.

26 Oktober – 6 November 2009

Pernah aku termimpikan, terangankan. Namun tak sangka akan jadi kenyataan. Dare to dream and dream big. Aku menjelajah ke Central Europe. London-Paris-Rome-Pisa-Venice-Switzerland-Amsterdam. Lama dulu, pernah aku buatkan turutan tempat-tempat idaman untuk dilawati. Dimulakan dengan Kota London, Eifeil Tower dan kemudiannya Coleseum. Nah! All checked by sequence ;-)

Inilah sahaja detik teramat indah yang kau izinkan aku untuk pahatkan dalam dadamu 2009. Amat sedikit ruang yang kau berikan. Namun syukurku tak henti buatMU atas limpahan rezeki kurniaanMU dan dengan izinMU

Selamat Tinggal Dua Ribu Sembilan. Assalamualaikum Dua Kosong Satu Kosong,

SeKiAn