DiA jArAnG sEkALi bErKaTa. DiA pEnDiAm, sEoRaNg LeLaKi dEnGaN SeDiKiT kAtA. NaMuN kUrAsA tErBaNyAk KuPeLaJaRi tEnTaNg HiDuP DaRiNyA. TiNgKaHnYa mEmBaWa SeRiBu mAkNa. SeKaLi iA bErKaTa SeLaMaNyA aKu SeMaTkAn DiJiWa. DiA mEnGaJaRkU bErFiKiR...tEnTaNg TeLaDaN....tEnTaNg kEsAn...TeNtAnG kEpRiHaTiNaN...tEnTaNg SeGaLaNyA...DaN aKu LeMbArKaN FiKiRkU.....AlFaTiHaH bUaTnYa (aLLaYaRhAm Hj. AtAn BiN LoNgOt)
Saturday, 31 December 2011
SaYoNaRa 11 HoLLa 12
Tuesday, 27 December 2011
::BaK mAlAiKaT::
::“Ya Allah, Jangan la Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu..” ::
Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
- Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
- Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
- Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
- Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
- Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
- Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
- Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki muThursday, 25 August 2011
Wednesday, 17 August 2011
HaRi TaK sEbAgAi hArI
Friday, 5 August 2011
::JaNgAn PeRnAh LuPa nAmAkU::
Wednesday, 30 March 2011
CiTa bUkAn lAgI iMpiAn
Manusia akan mengejar kepada keperluan paling asas untuk hidup. Seterusnya sehinggalah ke tahap paling atas iaitu merealisasikan impian diri. Untuk mencapai tahap ini, yang pastinya kebanyakan daripada tahap-tahap di bawahnya telahpun dipenuhi.
Pada satu-satu tahap tertentu, sekiranya ianya telah dipenuhi, walaupun diberi lagi, ianya tidak akan lagi bermakna. Sebagai contoh, Sekiranya keperluan asas telah dipenuhi dan mencukupi, tawaran sepertinya adalah tidak lagi memadai kerana telah mencukupi. Makanya manusia akan mencari keperluan seterusnya iaitu keselamatan dan keamanan dalam persekitaran.
Namun apa yang paling penting ingin disampaikan adalah, kita tidak akan tahu samada sesuatu yang kita inginkan itu adalah betul apa yang kita inginkan sehinggalah kita mendapatkannya. Sesuatu yang kita citakan pada hari ini, bukanlah lagi merupakan sesuatu yang kita impikan hari esok. Dan kita akan terus memburu sesuatu yang baru.
Hidup ini adalah pendakian. Apabila kita mencapai pada sesuatu tahap, belum tentu lagi kita akan dapat mengecapi apa yang kita impikan. Yang pastinya kita akan melihat terlalu banyak perkara yang tidak pernah kita fikirkan kewujudannya. Suatu pandangan yang pastinya amat jauh berbeza.
Aku telah capai apa yang aku citakan. Yang pasti impianku telah direalisasikan. Terima kasih tuhan atas peluang yang kau berikan.
Namun Cita itu kini bukan lagi Impian. Ia sebenarnya bukan apa yang aku inginkan. Kerana pandangan dari situ nan teramat berbeza. Namun pengajarannya teramat berguna.
Tiada sesalan. Betul tiada. Namun kesyukuran jua. Atas pengajaranMU nan terindah walau bukan murah. Dan aku takkan mengalah. Kerana masih banyak lumrah yang harus aku terjah.
Nan terpenting, telah aku cuba. Telah aku tempuh. Kiranya sampai menutup mata, tidak aku ralat kerana tidak dapat mencubanya. Kiranya dipanjangkan usia, aku boleh bersuara, jika ada yang bertanya.