31 Disember 2011
Dan pabila tiba detik 12 malam ini, gelincirlah 2011 melabuhkan tirainya.
Laluan pun terbuka buat 2012 melembarkan 12 kitarannya.
Sesungguhnya, 2011 amat bertegas denganku.
Bak guru disiplin dengan rotannya.
Bagai tok guru mengajar mengaji.
Umpama ibu berleter tak henti.
2011
Tiada bezanya bilangan hari dengan 34 tahun terdahulu.
Namun kurasakan 2011 tahun yang amat panjang sekali.
Bagai terlalu jauh aku berjalan.
Hingga lelah terasa.
Mengundang keringat dan airmata.
Namun luas jua pandangan.
Matang jua pertimbangan.
Kian laras fikiran.
Ya ALLAH
Telah kau kurniakan peluang.
Dan kau turunkan jua ujian.
Kau bukakan yang tertutup.
Dan kau jelmakan yang sembunyi.
Ku sedarkan
Mana kawan, mana syaitan.
Merapat untuk kesempatan.
Ku sedarkan
Belajar dari kesilapan.
Ilmu didada setakat setitis air dilautan.
Masih,
Kau kurniakanku tuhan cahayamu,
Dalam setiap kegelapan,
Kau kurniakan panduanmu,
Disetiap jalan yang berliku,
Dan aku berharap,
Itu bukan istijradmu.
Dan masih aku berharap,
Kau kurniakanku hidayahmu.
Sayonara 2011
Didadamu telah aku mendaki
Telah aku celaru, keliru
Muncul yang batil menerjah jiwa jahil
Berserah dalam payah
Datang ruang
Hadir girang
Ada gundah
Ada indah
Alhamdulillah
Holla 2012
Dakaplah aku bagai baru aku dilahirkan semalam
Untuk bertatih di bawah lembayungmu.
Selamat tinggal 2011 dan selamat tahun baru 2012.
No comments:
Post a Comment