"Selamat hari jadi, saya doakan semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan".
"Happy Birthday! I love you so much!!!".
Inilah antara ungkapan yang seringkali kita ungkapkan tatkala tibanya harijadi seseorang. Bagi orang yang diraikan pula, acapkali kita rasakan bahawasanya kitalah orang yang paling teristimewa dan perlu diraikan pada hari tersebut.
Andainyalah pasangan terutamanya terlupa tarikh penting ini, nescaya terguris hatinya malah akan meninggalkan kesan dan mengganggu emosi (bak meludah ke langit pula penulis merasa). Oucccchhhhhh!!!!
Tatkala lahirnya zuriat tersebut ke dunia, maka disambut dengan tangisan gembira. Dengan harapan menggunung. Dengan doa berpanjangan.
Maka, pada setiap ulangtahun itu, ingatlah akan dikau pada jasa seorang IBU. Berterima kasihlah padanya melangkaui segala-gala urusan duniawi yang lainnya.
Sesungguhnya sudah terlewat untuk aku disedarkan tentang ini. Tatkala aku menyambut harijadiku buat yang kesekian kalinya, dengan rasa penuh sedar sisi terlindung ini, IBU telah tiada lagi disisi. Alangkah indahnya andai aku dapat mengucapkan kalimah terindah tanda bersyukurnya aku akan pengorbanannya.
Kepada yang masih mempunyai seorang bidadari bergelar IBU, maka ucapkanlah penghargaanmu. Kepada yang telah tiada, maka panjatkanlah doa dan sedekahmu.
Terima kasih IBU.
Sesungguhnya dan sebenar-benarnya, buat selama-lamanya, aku amat-amat merinduimu.
Alfatihah buat Allahyarhamah Fatimah Binti Atan.

Namun, ada sisi lain yang selalu kita terlepas pandang.
Apa kau ingat kau lahir jatuh dari langit?
Disebalik hari kelahiran setiap dari kita, kita sentiasa mendahulukan diri sendiri berbanding segalanya. Seringkali kita abaikan sesuatu yang amat dekat dengan diri kita. Terlalu dekat dengan asal-usul kita.
Ia adalah seorang insan kamil bergelar IBU.
Dalam keghairahan menerima ucapan hari lahir, menjawab sms, membalas status facebook, twitter, dan sebagainya, kita lupa bahawasanya pada tarikh dan masa yang sama suatu masa dahulu, seorang ibu bertarung dengan nyawa demi sebuah kelahiran. Kesakitan dan kepayahan diharunginya dengan penuh cekal. Nyawanya diletak pada pilihan kedua. Zuriatnya jua nan utama. Hidup dan matinya diserahkan kepada ketentuan yang maha ESA. Maka selayaknya syurga itu di bawah telapak kaki IBU.
Tatkala lahirnya zuriat tersebut ke dunia, maka disambut dengan tangisan gembira. Dengan harapan menggunung. Dengan doa berpanjangan.
Maka, pada setiap ulangtahun itu, ingatlah akan dikau pada jasa seorang IBU. Berterima kasihlah padanya melangkaui segala-gala urusan duniawi yang lainnya.
Sesungguhnya sudah terlewat untuk aku disedarkan tentang ini. Tatkala aku menyambut harijadiku buat yang kesekian kalinya, dengan rasa penuh sedar sisi terlindung ini, IBU telah tiada lagi disisi. Alangkah indahnya andai aku dapat mengucapkan kalimah terindah tanda bersyukurnya aku akan pengorbanannya.
Kepada yang masih mempunyai seorang bidadari bergelar IBU, maka ucapkanlah penghargaanmu. Kepada yang telah tiada, maka panjatkanlah doa dan sedekahmu.
Terima kasih IBU.
Sesungguhnya dan sebenar-benarnya, buat selama-lamanya, aku amat-amat merinduimu.
Alfatihah buat Allahyarhamah Fatimah Binti Atan.
1 comment:
al-Fatihah... Moga mak di tempatkan bersama2 org2 yang di kasihi di sisiNYA.. Amin.... T-T
Post a Comment