Selamat hari ulangtahun kemerdekaan ke 51 Malaysia! Keranamu kami mendakap tuah...
Saban hari, kita pasti akan dihidangkan kisah-kisah di Negara lain berdepan dengan peperangan, permusuhan dan kekejaman. Wajah-wajah warga tua merekah, mengalirkan darah. Anak-anak kecil azalinya sempurna kini bergelar kurang upaya. Wanita-wanita gusar akan kehormatannya. Anak-anak muda menjadi korban sasaran peluru tak bermata. Tangan ini terlalu kecil kudratnya untuk membantu.
Peperangan terjadi sekalipun mempunyai warna kulitnya sama apatah lagi jika berbeza.
Kemiskinan dan kebuluran bukan lagi warta lapuk. Warga dunia bermigrasi. Demi mencari sesuap nasi. Lihat sahaja di luar jendala mu. Siapakah yang membina rumah mu? Yang mengasuh anak-anak mu? Yang menanak hidangan mu? Bukan mahu mereka. Tapi keadaan memaksa
Kita?
Kita leka. Mungkin kita rasa kisah-kisah itu satu buaian sebelum lena. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Rasa keinsafan maha sementara. Malah kita cuba mengundang malapetaka.
Apa yang kita lakukan di sini? Di bumi bertuah ini?
Kita lagakan api perkauman. Walhal hidup kita aman sahaja selama ini. Kita cuba telagahkan sentimen-sentiman keagamaan. Walhal tiada penindasan dalam mengamalkan agama masing-masing. Apalah yang kita cuba buktikan? Tidakkah contoh sebagai satu bangsa Malaysia yang makmur dan aman berbilang bangsa harus dibanggakan?
Tidak! (Kata sesetengah mereka).
Kerana, jika dibiarkan sahaja, tidak popularlah kita! Tak dipandang! Demi diri sendiri, goncang sahaja jiwa seluruh Malaysia. “Hantukkan kepala-kepala semuanya. Biarkan berpecah. Biarkan tak searah. Janji......aku raih matlamat untuk diri aku sendiri” (kata mereka juga).
Demonstrasi dibawa ke jalanan. Bangga agaknya! Sistem demokrasi ini mungkin bagi mereka tiada baiknya. Apa kata kita cuba komunisme? Negara ini hanya asyik dengan berita kemakmurannya. Nah! Tunjukkan dunia kita juga mampu memberontak! Malaysia boleh!! Mungkin inilah ideologi mereka.
Nun di sana damai yang dicari. Cahaya yang dituju di satu hujung yang amat panjang.
Di sini. Cahaya di telapak tangan. Tak digenggam ingin pula dibuang.
Bila semua ini akan berhenti?
Mungkin, bila telah benar berantakan sesama kita nanti. Bila rakan bukan sebangsa mu yang walhal dahulu bermain bersama mengacukan senjata ke arah mu. Merampas harta dan kedudukan mu. Mengusir mu.
Mungkin setelah kau lihat, anak bangsa mu meredah lautan. Menyeberang ke negara jiran. Mencari perlindungan dan untuk sesuap nasi mengalas perut.
Mungkin nanti kau akan bangga. Nama negaramu acap kali disebut di berita-berita dunia, akan nasib malangnya.
Mungkin nanti kau mampu tersenyum, anak bangsamu menjadi pelarian dan pendatang haram di negara orang.
Mungkin.....

No comments:
Post a Comment