Friday 2 January 2009

Apakah hikmahMU

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Masehi. Dalam kesibukan, aku terlepas solat sunat dan doa akhir tahun hijrah. Terlepas aku peluang yang datang sekali setahun.
Pada detik bermula 1 Januari 2009, aku menyaksikan percikan bunga api dari koridor rumah sahaja. Dapat ku lihat percikan bunga api dari KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan juga dari puncak Genting Highlands.
Aku berhasrat mulakan tahun baru dengan azam yang baru. Namun, 2009 dimulakan dengan tragedi di dalam keluargaku. Masyaallah....Sepupuku ditandang kecelakaan menjelang malam tahun baru. Tangan kanannya di kebumikan pada petang tahun baru. Dan dia kini masih dalam keadaan koma. Tak sanggup aku melihat....

Ya ALLAH kusedari
Banyak sungguh nistaku
Ku ingkari perintahMU
Ya ALLAH kumohon
Jangan pula kau turunkan balasan
Sedemikian rupa padaku
Sesungguhnya ku tak mampu
Walau untuk melihat