Wednesday 30 March 2011

CiTa bUkAn lAgI iMpiAn

Menurut "Maslow's Hierarchy Theory" manusia dimotivasikan berdasarkan piramid keperluan seperti berikut:



Manusia akan mengejar kepada keperluan paling asas untuk hidup. Seterusnya sehinggalah ke tahap paling atas iaitu merealisasikan impian diri. Untuk mencapai tahap ini, yang pastinya kebanyakan daripada tahap-tahap di bawahnya telahpun dipenuhi.

Pada satu-satu tahap tertentu, sekiranya ianya telah dipenuhi, walaupun diberi lagi, ianya tidak akan lagi bermakna. Sebagai contoh, Sekiranya keperluan asas telah dipenuhi dan mencukupi, tawaran sepertinya adalah tidak lagi memadai kerana telah mencukupi. Makanya manusia akan mencari keperluan seterusnya iaitu keselamatan dan keamanan dalam persekitaran.

Namun apa yang paling penting ingin disampaikan adalah, kita tidak akan tahu samada sesuatu yang kita inginkan itu adalah betul apa yang kita inginkan sehinggalah kita mendapatkannya. Sesuatu yang kita citakan pada hari ini, bukanlah lagi merupakan sesuatu yang kita impikan hari esok. Dan kita akan terus memburu sesuatu yang baru.

Hidup ini adalah pendakian. Apabila kita mencapai pada sesuatu tahap, belum tentu lagi kita akan dapat mengecapi apa yang kita impikan. Yang pastinya kita akan melihat terlalu banyak perkara yang tidak pernah kita fikirkan kewujudannya. Suatu pandangan yang pastinya amat jauh berbeza.


Dan kita harus terus mendaki.
Jika kau lelah, berehatlah. Namun jangan sesekali kau berhenti.


Aku telah capai apa yang aku citakan. Yang pasti impianku telah direalisasikan. Terima kasih tuhan atas peluang yang kau berikan.

Namun Cita itu kini bukan lagi Impian. Ia sebenarnya bukan apa yang aku inginkan. Kerana pandangan dari situ nan teramat berbeza. Namun pengajarannya teramat berguna.

Tiada sesalan. Betul tiada. Namun kesyukuran jua. Atas pengajaranMU nan terindah walau bukan murah. Dan aku takkan mengalah. Kerana masih banyak lumrah yang harus aku terjah.

Nan terpenting, telah aku cuba. Telah aku tempuh. Kiranya sampai menutup mata, tidak aku ralat kerana tidak dapat mencubanya. Kiranya dipanjangkan usia, aku boleh bersuara, jika ada yang bertanya.


Dan terus aku mendaki......kerna masih banyak ingin aku kecapai....pelajari.....