Tuesday 23 June 2009

BiAsA LuAr BiAsA

6.30 pagi
Deringan loceng penggera memaksa Adam mencapai jam di meja soleknya, bersebelahan sahaja dengan katilnya. Tanpa membuka mata, jam itu dimatikan penggeranya. Adam terlena kembali……

7.22 pagi
Alamak!!!!!…lambat la jawabnya ni…..Adam bergegas bangun, mencapai tuala mandinya dan menjalankan rutin bilik mandinya. Tapi dengan diskaun sebab dah lewat. Solat? Ekspress sikit la…he he….Gosok baju? Tak dapek nak nolong….harus!!!!

7.50 pagi
Barulah Adam siap dan keluar daripada rumah. Adam mengunci pintu rumahnya, dengan agak tergesa. Menekan butang lif berkali-kali walaupun sekali sebenarnya sudah memadai. Bukannya kalau tekan banyak kali lif tu akan jadi cepat datangnya!!!

Ting! Pintu lif terbuka dan adam menekan butang B1. “cepat la, cepatla!!!!” berkata di dalam hatinya. Sebaik sahaja mata Adam terlihat abjad B1 tatkala pintu lif terbuka, dia lantas berlari menuju ke keretanya.

Dari jauh penggera kereta telah dimatikan. Adam segera memasuki kereta dan menghidupkan enjin keretanya itu. “erm…nak panaskan enjin ke?” detik hati Adam. Takde maknanya!!!! Sekali sekala…..Terus sahaja Adam keluar dari parkir dan memandu ke tempat kerjanya.

Jamm la pulak!!! Sebab hujan. Laporan trafik menyebut ada banjir di Jalan Syed Putra. Confirm lambat ni!!!!! Takpe…relax je….dah lambat…nak buat camne pun….

8.45 pagi
Barulah Adam tiba di pejabatnya. Dan bermulalah hari Adam. Yang tadi-tadi tu tak dikira sebagai permulaan harinya sebab tak sedia. Sekarang ni, duduk sahaja di hadapan komputernya dan secara rasminyalah hari Adam bermula!!!

“Tenang, santai & hari tiada kerja sedunia”, tema yang Adam berikan untuk hari ini. Maklumlah…boss tak ada. Laporan yang nak dibuat pulak perlukan pengesahan boss. Esok-esok je lah buat. Hari ni….kita enjoy!!!!!

Dimulakan dengan Facebook….oooops…Bismillah la!!!! Lepas tu Adam membaca dan membalas semua e-mail-emailnya. Lepas tu uno dan uno dan uno dan uno…..

Cepat betul masa berlalu ek kalau tengah bersenang lenang ni. Masa memang cemburu, mengalahkan isteri tua kepada seorang suami beristeri dua.

1.00 tengah hari
Adam keluar makan. Ke tempat yang lama dah nak dia pergi. Untuk melengkapkan tema hari ini. Sekali sekala je pun pergi, nak-nak bila dan masuk gaji. Sebab lumayan gak harganya!!!! Kalu hari-hari pergi….tauke balak pun boleh jual lori!!! Tauke B _ _ I pun jual kandang!!!!

1.55 tengah hari
Adam sudah pun kembali ke pejabatnya. Erm…so far..semuanya mengikut tema….

1.58 tengah hari
Adam menerima panggilan. Panggilan hangit Hot FM ke? Tak lah…tertera nama seseorang pada skrin telefonnya. Nama seseorang yang pasti mengukir senyuman pada bibir Adam. Bagaikan mengikut tema je panggilan ni…pemanggil semacam tau je tema Adam pada hari ini.

Tapi langit tak selalunya cerah kan….apa yang kita rancang tak semestinya berjalan dengan lancar. Tuhan yang menentukan segalanya. Apa yang selalu berlaku tak mungkin akan kekal berlaku begitu.

Memang mulanya Adam tersenyum menerima panggilan itu…..seperti kebiasannya. Tetapi isi bualnya tidaklah seperti kebiasaannya. Pada hakikatnya, perkara yang dibual adalah perkara biasa-biasa sahaja, yang Adam cuba biasakan tetapi seringkali mengundang perasaan yang luar biasa.

Adam tahu, sejak lama dulu….lama-lama dulu lagi…benda ni akan jadi. Sebab ia perkara biasa….dan Adam selalu nak biasakn diri, agar bila jadi nyata, tak lah rasa luar biasa. Mulanya Adam tahan….tapi lama-lama…tak boleh nak tahan….rasa penuh dan sesak dada Adam….luluh….

Ibaratnya: Adam tahu….kalau Adam bermain dengan api, Adam harus tahan bahangnya. Kerana biasanya (lumrahnya) api itu panas. Adam cuba merasakan kepanasan agar terbiasa, jadi bila betul-betul Adam terkena api, tak lah adam merasa sakit lecurnya. Boleh ke macam tu? Tak kan….itulah hukumnya.

Hari Adam telah terhenti pada pukul 1.58 tengah hari tadi. Sebab hari terbit dengan hati. Jika telah tiada hati…masakan ada hari…

Selepas dari saat itu, ia bukan lagi hari. Ia adalah liku. Dan mungkin lambat lagi hari seterusnya akan bermula buat Adam.

::Dia bukanlah seseorang...Dia adalah sesuatu...sesuatu yang terindah pernah berlaku dalam hidupku::
Buat sesuatu….










BeRtAmU diKaLbU

::Dia bukanlah seseorang...Dia adalah sesuatu...sesuatu yang terindah pernah berlaku dalam hidupku:: Buat sesuatu….