Thursday 2 July 2009

1 Julai 1996


“Cepat…cepat…nanti terlambat pulak tak boleh daftar nanti” jerit arwah datuk. Arwah memang disiplin. Maklumlah, bekas polis. Selain aku, dialah orang yang paling gembira pagi tu. Arwah datuk paling gembira sebab akulah cucu sulung dia yang dia jaga dan berjaya masuk Universiti. Aku pun gembira, sebab boleh buat dia gembira. Alhamdulillah!!!! Segala yang terbaik akau pelajari daripada dia.

“Periksa semua barang. Borang pendaftaran yang penting!!!” teriaknya lagi. Aku memang dah siap dari awal lagi. Pakai baju kegemaran aku dengan jeans. Rasa macam smart giler la masa tu. Walhal gonjeng sebenarnya!!! Bila semua dah sedia dalam kereta yang disewa, kami pun bertolak ke Lendu, Alor Gajah.

Dalam kereta, sepanjang perjalanan arwah mak berpesan macam-macam. Arwah nenek tak ikut, sebab dia tak sampai hati nak tinggalkan aku kat asrama nanti. Biasalah arwah nenek….masa aku masuk asrama sekolah agama dulu pun dia asyik menangis teringat siapalah nak basuhkan baju, makan apa, sihat ke….Aku pasti, mesti dia tengah nangis lepas je kami bertolak tadi. Nenek, I miss you so very much. Sangat sangat!!!! Aku tak sempat buat sesuatu yang terbaik untuk arwah. Sepatutnya aku boleh….

Hari ini aku mendaftar di Institut Teknologi MARA, Lendu dalam Jurusan Diploma Pengajian Perniagaan (DBS). Aku memang apply ITM je…..universiti yang lain-lain tak apply pun. Sebab utama ialah kewangan. Tak mampu rasanya nak masuk Universiti macam UM/UTM/UKM. ITM ni kira mampu lah bagi keluarga aku. Aku lewat setahun menyambung pengajian. Jadinya, semua batch aku adalah muda setahun daripada aku. Sebab aku kerja dahulu selama setahun. Alhamdulillah, hasil dari duit kerja kat Southern Bank Subang Jaya, aku beli semua kelengkapan asrama dan juga yuran kemasukan serta perbelanjaan selama satu semester sementara menunggu biasiswa.

Setibanya di perkarangan parking lot bangunan akademik ITM lendu, ku lihat ia telah dibanjiri dengan ramai umat manusia. Tapi masih awal lagi sebenarnya. Kami mencari tempat parking. Jauh sedikit dan perlu berjalan ke tempat pendaftaran. Abah mencari satu sudut untuk keluarga kami menunggu. Arwah mak membentangkan tikar dan aku menyuruh mereka untuk menunggu sahaja sementara aku membuat pendaftaran.

Macam-macam prosedur. Dan macam-macam jenis orang aku jumpa. Sempat juga aku berkenal-kenalan dengan beberapa orang. Zuco & Rahmat, antara orang terawal yang aku jumpa dan berborak. Ada lagi yang lain-lain tapi tak berapa ingat.

Aku ingat lagi nombor matrik aku. Aku akan ingat sampai bila-bila. 96618246. Kad matrik asal pun masih ada aku simpan. Aku tak pulangkan masa clearance. Tapi aku takkan tunjuk pada sesiapa pun kad matrik tu. Sebab gambarnya, huduh yang amat!!! Gambar kad matrik tu diambil masa Minggu Wawasan Siswa. Kalau tak silap pada hari kedua, semua pelajar lelaki dibotakkan. Aku masih ingat, ada seorang pelajar ni sanggup berhenti dan balik sebab tak nak dibotakkan. Aku pun tak terkecuali. Buat pertama kali dalam hidup aku dibotakkan. Lepas tu baru lah semua diarahkan mengambil gambar untuk kad matrik. Ya Rabbi!!! Nak guna sampai 3 tahun tu, kad matrik. Kalau boleh mestilah nak guna gambar yang aku perasan paling cun kan….ni tak…botak!!!! Arghhhhhhhh!!!! Tapi aku amik gambar pakai songkok. Tapi kulup sebab ramos dah hilang!!! Wakakakak!!! Kelakau giler….

Hampir tengah hari, baru lah pendaftaran selesai. Muka famili aku semuanya dah nampak penat. Arwah atuk aku sempatlah jugak merayau satu kampus, tengok-tengok keadaan sekeliling. Tapi masa tu, ITM Lendu tak ada apa pun…kampus baru.

Seterusnya, pelajar perlu daftar masuk ke asrama sementara untuk Minggu Wawasan Siswa. Jadi kami pun bergerak ke asrama yang ditetapkan iaitu Dang Anum. Dalam satu bilik ditempatkan 4 orang. Masa ni lah aku mengenali Zuco, Puad & Rahmat. 3 orang pertama yang aku kenal di ITM Lendu.

Dan hari inilah bermulanya hari-hari aku sebagai pelajar DBS ITM Lendu sehingga 1999. Satu episod yang amat aku rindui dan amat penuh warna. Satu episod dipenuhi harapan, sahabat, impian dan cinta. Kan kekal selagi ingatan masih berfungsi.

Kepada semua ex-ITM Lendu 1996-1999. Happy 13th Anniversary!!!! Kepada semua rakan-rakan yang dikenali semasa di ITM Lendu, bertuah aku mengenali kamu semua. Kamu semua bertuah mengenali aku…hehehheheh….

Terlalu banyak kenangan. Terlalu sarat pengalaman. Takkan bisa aku coretkan. Namun akan aku ceritakan jika ada kesempatan. Assalamualaikum.


Bergambar di hadapan pintu masuk ITM Lendu (1999). Dari kiri, Arwah Atuk, Aku, Abah & Arwah Mak.

Personality / Temperament for NARMzacharia


Personality: Choleric Sanguine

Choleric (38%) Strength:9 Weakness:6

Sanguine (28%) Strength:7 Weakness:4

Melancholy (20%) Strength:4 Weakness:4

Phlegmatic (15%) Strength:0 Weakness:6


Learn about personalities at http://oneishy.com/personality