Friday 29 January 2010

::FaTiHaH::

::Kisah ini digarapkan berdasarkan kisah benar seperti yang diceritakan Kak Lang (Staff Yayasan Salam) sewaktu misi Tsunami Acheh::

Hari ini adalah sesi “Picture Therapy”. Kanak-kanak mangsa Tsunami ditempatkan di suatu tempat dan melukis apa sahaja yang mereka inginkan. Daripada sesi ini, sukarelawan akan dapat menilai perasaan yang terpendam dalam benak kanak-kanak ini. Suatu perasaan yang mungkin tak terluahkan tapi mungkin dapat diabstrakkan dalam bentuk lukisan.

Seperti yang tertulis di atas sudut kanan lukisan kanak-kanak itu, Kak Lang tahu namanya adalah Fatihah. Fatihah berumur 9 tahun.

Kak Lang melihat lukisan Fatihah yang hampir lengkap. Dilukisnya seorang kanak-kanak yang sedang memeluk sebatang pokok. Berhampirannya terdapat sebuah kereta yang dinaiki beberapa orang dengan keadaan tangan melambai meminta tolong di dalam ombak yang menghitam.

Kak Lang seraya bertanyakan padanya “Fatihah lukis apa ni?”

Fatihah lalu membalas soalan Kak Lang dengan kisahnya. Katanya:

“Suatu hari ketika kami (Fatihah, ibu dan adik beradiknya yang lain) sedang nonton (menonton) tv, tiba-tiba ayah memanggil kami semua keluar. Sebaik sahaja kami semua keluar, kami nampak dari nun jauh, air setinggi langit. Setinggi bangunan, hitam menghambat ke arah kami. Ayah menyuruh kami semua masuk kedalam mobil (kereta) untuk menyelamatkan diri. Sejurus sahaja kami semua masuk dan belum pun sempat pun berlalu pergi, air telah menghempas mobil kami. Saya tercampak keluar dari mobil. saya melelapkan mata dan berpaut pada sebatang pokok. Sehinggalah saat air telah surut, saya membukakan mata dan dapat saya lihat mobil kami tengelam dan timbul. Dapat saya dengar jeritan mereka meminta tolong. Namun mobil itu terus terusan dilambung ditelan dan dibawa arus tsunami. Sehingga akhirnya jeritan-jeritan itu lenyap”.

Fatihah hanya mampu melihat. Kudratnya masakan mampu mengubah walau sedikit pun apa yang telah disaksikannya.

Namun katanya lagi “Saya pasti ada hikmahnya dugaan ALLAH yang maha besar ini. Saya yakin, tuhan masih lagi membenarkan aku bernyawa kerana ALLAH tahu, akulah satu-satunya ahli dalam keluargaku yang perlu hidup untuk mendoakan mereka semua”.

Saat terlafaznya ayat ini, meruntun jiwa Kak Lang. Fatihah Cuma 9 tahun. Tapi pemikirannya amat dalam. Kepasrahannya amat kental.

Sekiranya kita sebaya dengan Fatihah, mampukah kita berfikir sejauh itu? Mampukah kita bertahan dengan dugaan semaha besar itu?

Dan ingatlah, ALLAH tidak akan menduga, sekiranya DIA tahu seseorang itu tidak mampu untuk menghadapinya. Ya ALLAH, sesungguhnya dugaanmu sebagai tanda kasihMU. Tanda aku ada dalam ingatanMU. Tanda KAU Maha Pengampun, mensucikan dosa-dosaku.

Sekian

Tuesday 12 January 2010

FrEsh FlOwEr hAnTaRaN fOr DiLLa EnGaGeMeNt


Fresh flowers hantaran with Pink & White theme. From above 1) Hand Bouquet, 2 & 3) Perfume, 4) Prayer Mat (Sejadah), 5 & 6) Chocolate, 7-9) Plain Cloth, 10) Sirih Junjung, 11 & 12) Fruits, 13 & 14) To be filled with sweets/choc etc