Tuesday 11 December 2012

::PeRaNgKaP sOSiaL::

Harian Metro bertarikh 19 Oktober 2011 melaporkan wujudnya sekolah yang melatih warga asing untuk menipu melalui laman-laman sosial. Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di Nigeria khususnya sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Wujud berbagai cara penipuan dilakukan sebagai cubaan untuk memperdaya mangsa untuk melakukan transaksi kewangan. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini sebanyak 2 kali iaitu pada Disember 2011 dan terkini pada Disember 2012. Walaubagaimanapun, sedari awal lagi saya telah dapat menghidu bahawasanya ia adalah satu cubaan penipuan. Saya mengambil keputusan untuk melayan rentak mereka ini bagi mengetahui modus operandi mereka.

Maka dengan ini saya dedahkan 2 taktik mereka yang saya alami.


Modus Operandi 1

Seorang wanita warga Amerika Syarikat menghantar pesanan peribadi melalui laman sosial untuk berkenalan. Saya pun menerima pelawaan beliau dan memulakan komunikasi melalui lama sosial tersebut. Namun, katanya beliau jarang melayari laman sosial tersebut dan lebih selesa untuk berhubung melalui email. Kemudiannya kami pun berhubung melalui email. 

Dalam waktu yang singkat sahaja beliau mengatakan bahawa beliau telah jatuh hati dan sayang dengan saya. Wow...hanya dengan berhubung melalui email boleh jatuh hati. Power sangat ke ayat aku? Padahal takde ayat apa pun. 

Langkah seterusnya, dia meminta nombor telefon pula dan saya pun berikan. Ada tiga atau empat kali juga dia menelefon pada waktu malam. Tetapi nombor yang keluar adalah "Private Number". Saya rasa ianya adalah panggilan dari dalam Malaysia sahaja. Dan English dia pun tak macam mat salleh pun. Saya menelefon DiGi untuk bertanyakan samada mereka boleh kesan ataupun tidak sumber panggilan tersebut. Malangnya DiGi tidak dapat mengesan kerana ia adalah "Private Number".

Seterusnya, dia telah meminta saya untuk berhijrah ke kota New York dan menetap di sana. Katanya, dia adalah Pengarah sebuah syarikat pembinaan dan boleh menyediakan jawatan untuk saya. Dia juga memberikan laman web syarikat tersebut. 

Saya katakan saya tidak boleh berhijrah kesana. Kemudiannya dia mempelawa saya untuk melawat dia di sana sahaja. Saya pun bersetuju kerana katanya di akan menanggung segala perbelanjaan termasuk wang saku sejumlah USD30,000.00. Wow!!! Too good too be true!!! ha ha....takpe...kita layankan aje.

Selepas itu dia minta saiz baju dan kasut kerana katanya ingin belikan saya baju sejuk dan kasut. Semua barangan ini berserta duit tersebut akan dikirimkan kepada saya di dalam sebuah bagasi. Duit itu bolehlah saya gunakan untuk membeli tiket penerbangan dan juga persiapan untuk kesana. 

Maka harinya pun tiba, dia kata dia sudah kirimkan sebuah bagasi melalui courier. Tetapi, menurut beliau dia tak cukup wang tunai untuk membayar kos courier dan masih berhutang sebanyak USD600. So dia advise yang courier service tu akan minta baki tersebut apabila saya ingin mengambil bagasi tersebut. You pay for USD600 dan jangan risau sebab dalam beg itu ada USD30,000.00. Ya right!!! Percayalah sangat!!! Kita tunggu dan lihat sahaja ;-)

Dalam masa yang sama, dia telah emailkan saya resit courier. Tapi resit tu dalam microsoft word format. Siap boleh edit dowh!! hi hi...ni mesti sekolah tak habis ni. Convert la ke pdf format kot ye pun. Pastu saya try google nama courier service tu. Memang takde result langsung. Dalam erti kata lain, memang tak wujud la.

The next day, courier service staff pun telefon melalui handphone. Katanya ada sebuah bagasi atas nama saya telah sampai daripada London. Walaubagaimanapun katanya pengirim tersebut tidak menjelaskan sepenuhnya kos penghantaran dan saya perlu menjelaskan bakinya sebelum tersebut dihantar terus kepada saya. Wanita tersebut (nada suara bukan macam warga tempatan), memberikan nombor akaun untuk saya bank in kan duit dengan segera. Nombor akaun tu pula personal akaun. Terus sahaja saya cakap, tolong bagi saya nombor akaun company sebab saya tidak akan buat transaksi ke dalam akaun personal yang tidak saya kenali. Dia kata, memang itu prosedur dan semua transaksi memang melalui akaun tersebut. Then saya bagi dia option (saja je nak layan). Saya kata saya takkan bank in kan, tapi saya boleh pergi pejabat dia, check bagasi tersebut dan bayar cash. Selepas tu dia cakap tak boleh, dia pun tak tau apa isi kandungan bagasi tu dan penghantaran akan dibuat terus kepada penerima. Memang la kau tak tau apa isi kandung kiriman dowh! Hik hik.

Selepas tu, saya cakap dengan dia, baiknye service you. You boleh courier barang walaupun pengirim tak bayar penuh all the way from US? Terus dia letak phone. Bila saya call balik, memang tak angkat la. Last sekali saya sms: Dah lama buat kerja ni? Please try again! 


Modus Operandi 2

Kejadian ini baru sahaja berlaku baru-baru ini. Kedua-dua kejadian dalam bulan Disember. Mungkin sebab nak kejar target kot atau nak tutup akaun ;-)

Permulaan berkenalan juga melalui laman sosial yang sama. Dan jalan cerita pada mulanya agak sama (iaitu sehingga berkomunikasi melalui emial). Mungkin ini adalah standard procedure sekolah ni kot. 

Tapi kali ini saya pula yang meminta untuk dia datang ke Malaysia. Dia bersetuju dan terus sahaja katanya akan book flight ke Kuala Lumpur keesokan harinya apabila dia di pejabat. Sebaik sahaja dia dah book tiket, dia terus sahaja emailkan salinan tempahan tersebut. Kali ini dalam bentuk pdf la (ada peningkatan nampaknya sekolah ni, mesti ada buat post mortem). 

Dia ada telefon sehari sebelum dan juga pada hari dia nak berlepas ke Malaysia. Nombor yang terpapar adalah memang nombor daripada England. Sebaik sahaja tiba di KLIA (katanyer!!!), dia telefon memaklumkan baru sahaja sampai dan akan melalui imigresen sebentar lagi. Dia telefon menggunakan nombor telefon bimbit tempatan. Tapi, saya perasan yang nada suara berlainan. Maksudnya, yang call dari London adalah orang lain, dan yang call dari KLIA tu adalah orang lain. Bijak! Bijak!

Dalam hati saya, memang dah bajet, sure dia akan cakap ada masalah nanti kat imigresen. Tapi saya tak pasti macam mana dia nak pancing untuk dapatkan duit.

Selepas 2 jam dia sms. Taraaaaaa! dia kata dia ada masalah dengan kastam. Kastam dapat kesan ada wang tunai berjumlah GBP600,000.00 dalam beg dia. Fuiiiiyooooo!!! banyak tu!!!!. Pastu saya balas sms dia, takkan la tak tahu yang memang la tak boleh bawa cash money sebanyak tu ke luar negara. Selepas tu dia diam dan tak reply apa-apa pun.

After few minutes, seorang wanita call dan claim sebagai pegawai kastam di KLIA. Sama juga, nada suara bukan macam rakyat Malaysia dan call menggunakan nombor telefon bimbit. Dia kata, untuk kawan saya di lepaskan, dia perlu bayar sejumlah wang, tapi dia tak cukup wang tunai dan meminta saya untuk bank in kan dengan segera agar rakan saya ni boleh dilepaskan. Habis tu yang duit dia kantoi tu bukan cash ke? Ayoooyoooo!!! (Dalam hati la!)

Malas nak cerita panjang, saya kata, since you are custom officer, why not you call me from your office. Then dia jawab, dia akan smskan saya nombor pejabat. Saya jawab balik, i dont need your sms, just call me from your office. Selepas tu terus dia letak. Selang beberapa minit saya tunggu, tiada panggilan semula. Saya call dia semula dan tanya kenapa letak phone dan tak call semula, dia kata dia tak ada nombor pejabat dan dia hanya mahu menolong rakan saya yang memintanya untuk menghubungi saya. Dergh!!!!

Finally, saya kata pada dia. It was a good try and sorry, you have failed.

Dalam kedua-dua kes di atas, saya tidak berikan alamat email yang selalu saya gunakan untuk urusan-urusan pendaftaran di laman-laman web yang melibatkan urusan kewangan dan sulit. Sebab takut kalau-kalau ini satu bentuk penipuan internet. Saya berikan alamat email yang hanya saya gunakan untuk junk email sahaja.

Pada pendapat saya juga, sekiranya penipu adalah lelaki dan mangsa adalah wanita, mungkin ayat yang digunakan lebih power kot. Sebab tu ramai yang boleh terpedaya dan percaya. Sindiket ini juga akan target kepada individu-individu yang single.

Sekadar berkongsi pengalaman dan semoga dapat memberikan pengajaran. Sekian terima kasih.