Tuesday 11 December 2012

::PeRaNgKaP sOSiaL::

Harian Metro bertarikh 19 Oktober 2011 melaporkan wujudnya sekolah yang melatih warga asing untuk menipu melalui laman-laman sosial. Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di Nigeria khususnya sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Wujud berbagai cara penipuan dilakukan sebagai cubaan untuk memperdaya mangsa untuk melakukan transaksi kewangan. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini sebanyak 2 kali iaitu pada Disember 2011 dan terkini pada Disember 2012. Walaubagaimanapun, sedari awal lagi saya telah dapat menghidu bahawasanya ia adalah satu cubaan penipuan. Saya mengambil keputusan untuk melayan rentak mereka ini bagi mengetahui modus operandi mereka.

Maka dengan ini saya dedahkan 2 taktik mereka yang saya alami.


Modus Operandi 1

Seorang wanita warga Amerika Syarikat menghantar pesanan peribadi melalui laman sosial untuk berkenalan. Saya pun menerima pelawaan beliau dan memulakan komunikasi melalui lama sosial tersebut. Namun, katanya beliau jarang melayari laman sosial tersebut dan lebih selesa untuk berhubung melalui email. Kemudiannya kami pun berhubung melalui email. 

Dalam waktu yang singkat sahaja beliau mengatakan bahawa beliau telah jatuh hati dan sayang dengan saya. Wow...hanya dengan berhubung melalui email boleh jatuh hati. Power sangat ke ayat aku? Padahal takde ayat apa pun. 

Langkah seterusnya, dia meminta nombor telefon pula dan saya pun berikan. Ada tiga atau empat kali juga dia menelefon pada waktu malam. Tetapi nombor yang keluar adalah "Private Number". Saya rasa ianya adalah panggilan dari dalam Malaysia sahaja. Dan English dia pun tak macam mat salleh pun. Saya menelefon DiGi untuk bertanyakan samada mereka boleh kesan ataupun tidak sumber panggilan tersebut. Malangnya DiGi tidak dapat mengesan kerana ia adalah "Private Number".

Seterusnya, dia telah meminta saya untuk berhijrah ke kota New York dan menetap di sana. Katanya, dia adalah Pengarah sebuah syarikat pembinaan dan boleh menyediakan jawatan untuk saya. Dia juga memberikan laman web syarikat tersebut. 

Saya katakan saya tidak boleh berhijrah kesana. Kemudiannya dia mempelawa saya untuk melawat dia di sana sahaja. Saya pun bersetuju kerana katanya di akan menanggung segala perbelanjaan termasuk wang saku sejumlah USD30,000.00. Wow!!! Too good too be true!!! ha ha....takpe...kita layankan aje.

Selepas itu dia minta saiz baju dan kasut kerana katanya ingin belikan saya baju sejuk dan kasut. Semua barangan ini berserta duit tersebut akan dikirimkan kepada saya di dalam sebuah bagasi. Duit itu bolehlah saya gunakan untuk membeli tiket penerbangan dan juga persiapan untuk kesana. 

Maka harinya pun tiba, dia kata dia sudah kirimkan sebuah bagasi melalui courier. Tetapi, menurut beliau dia tak cukup wang tunai untuk membayar kos courier dan masih berhutang sebanyak USD600. So dia advise yang courier service tu akan minta baki tersebut apabila saya ingin mengambil bagasi tersebut. You pay for USD600 dan jangan risau sebab dalam beg itu ada USD30,000.00. Ya right!!! Percayalah sangat!!! Kita tunggu dan lihat sahaja ;-)

Dalam masa yang sama, dia telah emailkan saya resit courier. Tapi resit tu dalam microsoft word format. Siap boleh edit dowh!! hi hi...ni mesti sekolah tak habis ni. Convert la ke pdf format kot ye pun. Pastu saya try google nama courier service tu. Memang takde result langsung. Dalam erti kata lain, memang tak wujud la.

The next day, courier service staff pun telefon melalui handphone. Katanya ada sebuah bagasi atas nama saya telah sampai daripada London. Walaubagaimanapun katanya pengirim tersebut tidak menjelaskan sepenuhnya kos penghantaran dan saya perlu menjelaskan bakinya sebelum tersebut dihantar terus kepada saya. Wanita tersebut (nada suara bukan macam warga tempatan), memberikan nombor akaun untuk saya bank in kan duit dengan segera. Nombor akaun tu pula personal akaun. Terus sahaja saya cakap, tolong bagi saya nombor akaun company sebab saya tidak akan buat transaksi ke dalam akaun personal yang tidak saya kenali. Dia kata, memang itu prosedur dan semua transaksi memang melalui akaun tersebut. Then saya bagi dia option (saja je nak layan). Saya kata saya takkan bank in kan, tapi saya boleh pergi pejabat dia, check bagasi tersebut dan bayar cash. Selepas tu dia cakap tak boleh, dia pun tak tau apa isi kandungan bagasi tu dan penghantaran akan dibuat terus kepada penerima. Memang la kau tak tau apa isi kandung kiriman dowh! Hik hik.

Selepas tu, saya cakap dengan dia, baiknye service you. You boleh courier barang walaupun pengirim tak bayar penuh all the way from US? Terus dia letak phone. Bila saya call balik, memang tak angkat la. Last sekali saya sms: Dah lama buat kerja ni? Please try again! 


Modus Operandi 2

Kejadian ini baru sahaja berlaku baru-baru ini. Kedua-dua kejadian dalam bulan Disember. Mungkin sebab nak kejar target kot atau nak tutup akaun ;-)

Permulaan berkenalan juga melalui laman sosial yang sama. Dan jalan cerita pada mulanya agak sama (iaitu sehingga berkomunikasi melalui emial). Mungkin ini adalah standard procedure sekolah ni kot. 

Tapi kali ini saya pula yang meminta untuk dia datang ke Malaysia. Dia bersetuju dan terus sahaja katanya akan book flight ke Kuala Lumpur keesokan harinya apabila dia di pejabat. Sebaik sahaja dia dah book tiket, dia terus sahaja emailkan salinan tempahan tersebut. Kali ini dalam bentuk pdf la (ada peningkatan nampaknya sekolah ni, mesti ada buat post mortem). 

Dia ada telefon sehari sebelum dan juga pada hari dia nak berlepas ke Malaysia. Nombor yang terpapar adalah memang nombor daripada England. Sebaik sahaja tiba di KLIA (katanyer!!!), dia telefon memaklumkan baru sahaja sampai dan akan melalui imigresen sebentar lagi. Dia telefon menggunakan nombor telefon bimbit tempatan. Tapi, saya perasan yang nada suara berlainan. Maksudnya, yang call dari London adalah orang lain, dan yang call dari KLIA tu adalah orang lain. Bijak! Bijak!

Dalam hati saya, memang dah bajet, sure dia akan cakap ada masalah nanti kat imigresen. Tapi saya tak pasti macam mana dia nak pancing untuk dapatkan duit.

Selepas 2 jam dia sms. Taraaaaaa! dia kata dia ada masalah dengan kastam. Kastam dapat kesan ada wang tunai berjumlah GBP600,000.00 dalam beg dia. Fuiiiiyooooo!!! banyak tu!!!!. Pastu saya balas sms dia, takkan la tak tahu yang memang la tak boleh bawa cash money sebanyak tu ke luar negara. Selepas tu dia diam dan tak reply apa-apa pun.

After few minutes, seorang wanita call dan claim sebagai pegawai kastam di KLIA. Sama juga, nada suara bukan macam rakyat Malaysia dan call menggunakan nombor telefon bimbit. Dia kata, untuk kawan saya di lepaskan, dia perlu bayar sejumlah wang, tapi dia tak cukup wang tunai dan meminta saya untuk bank in kan dengan segera agar rakan saya ni boleh dilepaskan. Habis tu yang duit dia kantoi tu bukan cash ke? Ayoooyoooo!!! (Dalam hati la!)

Malas nak cerita panjang, saya kata, since you are custom officer, why not you call me from your office. Then dia jawab, dia akan smskan saya nombor pejabat. Saya jawab balik, i dont need your sms, just call me from your office. Selepas tu terus dia letak. Selang beberapa minit saya tunggu, tiada panggilan semula. Saya call dia semula dan tanya kenapa letak phone dan tak call semula, dia kata dia tak ada nombor pejabat dan dia hanya mahu menolong rakan saya yang memintanya untuk menghubungi saya. Dergh!!!!

Finally, saya kata pada dia. It was a good try and sorry, you have failed.

Dalam kedua-dua kes di atas, saya tidak berikan alamat email yang selalu saya gunakan untuk urusan-urusan pendaftaran di laman-laman web yang melibatkan urusan kewangan dan sulit. Sebab takut kalau-kalau ini satu bentuk penipuan internet. Saya berikan alamat email yang hanya saya gunakan untuk junk email sahaja.

Pada pendapat saya juga, sekiranya penipu adalah lelaki dan mangsa adalah wanita, mungkin ayat yang digunakan lebih power kot. Sebab tu ramai yang boleh terpedaya dan percaya. Sindiket ini juga akan target kepada individu-individu yang single.

Sekadar berkongsi pengalaman dan semoga dapat memberikan pengajaran. Sekian terima kasih.
  

Thursday 22 November 2012

GAZA Dalam Hikayat Burung dan Nabi Ibrahim A.S.

Kisah ini dipetik dan diolah daripada cerita Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah melalui ruangan Semanis Suria @ Suria FM untuk dikongsi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan semua.

Dikisahkan tatkala Nabi Ibrahim A.S. di bakar oleh Namrud di dalam api yang marak membara, datanglah seekor burung yang kerdil dan lemah untuk membantu memadamkan api yang marak itu (ada sesetengah menyebut ianya adalah burung layang-layang dan ada juga kisah menyatakan ianya burung pipit-Wallahu'alam). 

Bagaimana seekor burung yang kerdil lagi lemah ini mampu untuk memadamkan api yang marak itu? 

Burung yang kerdil ini pergi mendapatkan air dengan menggunakan paruhnya yang kecil. Diambilnya air dan dititiskannya ke atas api yang marak membakar Nabi Ibrahim A.S. Burung ini berulang-alik melakukan perbuatan yang sama. Mengikut logik akal, masakan setitis air dari paruh burung kerdil ini mampu memadamkan api yang marak membara itu?

Maka haiwan yang lain pun berkata padanya: "Wahai kawanku, berhentilah kamu melakukan perkara yang sia-sia ini. Masakan usahamu itu mendatangkan kejayaan". Maka berkatalah pula burung yang kerdil itu: "Aku tahu bahawasanya kudrat aku ini tidak akan mampu untuk memadamkan api itu dan menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S. Namun aku akan terus berusaha melakukan apa yang aku terdaya daripada aku hanya melihat kehancuran terus berlaku. Sekiranya Allah menyoalku kelak, apakah yang aku lakukan tatkala Nabi Ibrahim A.S. menghadapi dugaan dan cabaran, aku boleh menjawab bahawasanya aku telah melakukan mengikut kudratku. Sekiranya Allah bertanyakan kepada kamu wahai kawan-kawanku, apakah pula jawapan kamu?"

Ada juga riwayat menyatakan bahawa sekalian haiwan yang beriman kepada Allah S.W.T. dan Nabi Ibrahim A.S. telah cuba berikhtiar untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S. kecuali cicak. Sesungguhnya cicak telah meniupkan api kepada Nabi Ibrahim A.S.

Maka, pilihlah kamu untuk menjadi dikalangan yang beriman ataupun dikalangan cicak. 

Sediakanlah akan kamu jawapan-jawapan apabila Tuhanmu menyoalmu kelak. Apakah yang kamu lakukan tatkala saudara-saudara kamu dizalimi? 

Adakah jawapan kamu: 

Saya hanya mampu melihat wahai tuhanku. Sesungguhnya mereka amat jauh dariku dan apalah daya aku untuk membantu, atau,

Kiranya aku melakukan sesuatu pun, ia hanyalah sia-sia wahai tuhanku. Biarkanlah pemimpin-peminpin sahaja yang melakukan tugas mereka, atau,

Aku ingin membantu, tetapi rakan-rakanku yang lain hanya berdiam diri. Masakan ia memberikan kesan. Ianya hanya sekadar membuang masaku sahaja, atau,

Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menadahkan tanganku memohon doa ke hadratmu agar saudara-saudaraku dilindungi Ya Allah, dan menjahanamkan orang-orang yang menzalimi mereka, atau,

Sesungguhnya tuhanku, aku telah berusaha untuk tidak menyokong ekonomi mereka yang menzalimi orang lain, walaupun yang lain mencemuh tindakan ini dan menyatakan bahawa ianya hanyalah sia-sia.

Meskipun kita lihat tindakan ataupun kudrat kita itu sebagai tidak dapat membantu merungkaikan sesuatu konflik atau masalah, percayalah bahawa ianya adalah lebih baik daripada hanya melihat. Sesungguhnya melakukan sesuatu (walaupun kecil) adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jika sesuatu yang kecil itu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan sejagat, pastinya ia akan menghasilkan kejayaan.  

Marilah kita membantu/bertindak dari segi yang kita mampu lakukan.

Renungkanlah. Hidup kamu adalah pilihan kamu. Namun disesetengah tempat, hidup bukanlah pilihan mereka. Semoga ALLAH merahmati kita semua. Amin!!!





 
ASSALAMUALAIKUM


Wednesday 31 October 2012

BLOOD CLOTS/STROKE - The Indicators

IMPORTANT: Please read this and circulate. 

Hint:  "STROKE", remember the first three letters (S,T & R).

INTRODUCTION

A stroke is caused by the interruption of the blood supply to the brain, usually because of a blood vessel burst or block by a clot. This cuts off the supply of oxygen and nutrients, causing damage to the brain tissue.

A severe stroke can cause sudden death.

A STORY

During a BBQ, a friend stumbled fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) . She said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, she went
about enjoying herself the rest of the evening

Her husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital. At 6:00 PM she
passed away. She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps she would be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition instead.

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a 
stroke. He said the trick is getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE
 

If everyone can remember this simple thing, we could save some folks.

Thank God for the sense to remember the '3' steps, S.T.R. 

Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. 

 
The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S -
Ask the individual to SMILE.
T - Ask the person to TALK & SPEAK A SIMPLE SENTENCE
R - Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.


If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the 
dispatcher.

4th Sign of a Stroke: Stick out Your Tongue


Another sign of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one 
side or the other, that is also an indication of a stroke.

If everyone spread this to 10 people, you can bet that at least one life will be saved. 

I have done my part. Will you?

Monday 15 October 2012

HaRiJaDi [SiSi tErLiNdUnG]

"Selamat hari jadi, saya doakan semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan".

"Happy Birthday! I love you so much!!!".

Inilah antara ungkapan yang seringkali kita ungkapkan tatkala tibanya harijadi seseorang. Bagi orang yang diraikan pula, acapkali kita rasakan bahawasanya kitalah orang yang paling teristimewa dan perlu diraikan pada hari tersebut.


Andainyalah pasangan terutamanya terlupa tarikh penting ini, nescaya terguris hatinya malah akan meninggalkan kesan dan mengganggu emosi (bak meludah ke langit pula penulis merasa). Oucccchhhhhh!!!!



Namun, ada sisi lain yang selalu kita terlepas pandang.


Apa kau ingat kau lahir jatuh dari langit?
Disebalik  hari kelahiran setiap dari kita, kita sentiasa mendahulukan diri sendiri berbanding segalanya. Seringkali kita abaikan sesuatu yang amat dekat dengan diri kita. Terlalu dekat dengan asal-usul kita.
Ia adalah seorang insan kamil bergelar IBU.
Dalam keghairahan menerima ucapan hari lahir, menjawab sms, membalas status facebook, twitter, dan sebagainya, kita lupa bahawasanya pada tarikh dan masa yang sama suatu masa dahulu, seorang ibu bertarung dengan nyawa demi sebuah kelahiran. Kesakitan dan kepayahan diharunginya dengan penuh cekal. Nyawanya diletak pada pilihan kedua. Zuriatnya jua nan utama. Hidup dan matinya diserahkan kepada ketentuan yang maha ESA. Maka selayaknya syurga itu di bawah telapak kaki IBU.

Tatkala lahirnya zuriat tersebut ke dunia, maka disambut dengan tangisan gembira. Dengan harapan menggunung. Dengan doa berpanjangan.

Maka, pada setiap ulangtahun itu, ingatlah akan dikau pada jasa seorang IBU. Berterima kasihlah padanya melangkaui segala-gala urusan duniawi yang lainnya.

Sesungguhnya sudah terlewat untuk aku disedarkan tentang ini. Tatkala aku menyambut harijadiku buat yang kesekian kalinya, dengan rasa penuh sedar sisi terlindung ini, IBU telah tiada lagi disisi. Alangkah indahnya andai aku dapat mengucapkan kalimah terindah tanda bersyukurnya aku akan pengorbanannya.

Kepada yang masih mempunyai seorang bidadari bergelar IBU, maka ucapkanlah penghargaanmu. Kepada yang telah tiada, maka panjatkanlah doa dan sedekahmu.

Terima kasih IBU.

Sesungguhnya dan sebenar-benarnya, buat selama-lamanya, aku amat-amat merinduimu.

 Alfatihah buat Allahyarhamah Fatimah Binti Atan.

Friday 28 September 2012

GiVe TiMe fOr AnGeR tO sEttLe DoWn

AuThOr: AnOnYmOuS
 
Once, a Wise Man was walking from one town to another town with some of his disciples.  While they were traveling, they happened to pass a lake.

They stopped there and Wise Man told one of his disciples, "I am thirsty.  Do get me some water from that lake there."
The disciple walked up to the lake.  When he reached it, he noticed that right at that moment, a bullock cart started
crossing through the lake.  As a result, the water became very muddy, very turbid.

The disciple thought, "How can I give this muddy water to Wise Man to drink!"

So he came back and told Wise Man, "The water in there is very muddy.  I don't think it is fit to drink."

After about half an hour, again Wise Man asked the same disciple to go back to the lake and get him some water to drink. 
The disciple obediently went back to the lake.

This time too he found that the lake was muddy.  He returned and informed Wise Man about the same.
 
After sometime, again Wise Man asked the same disciple to go back.  The disciple reached the lake to find the lake absolutely clean and clear with pure water in it.  The mud had settled down and the water above it looked fit for drinking. So he collected some water in a pot and brought it to Wise Man.

Wise Man looked at the water and then he looked up at the disciple and said, "See what you did to make the water clean. 
 
 
 
 
You waited long and the mud settled down on its own and you got clear water.  Your mind is also like that!  When it is disturbed, just let it be.  Give it a little time.  It will settle down on its own.  You don't have to put in any effort to calm it down.  It will happen.  It is effortless".
 
 Moral of the story 
 
Similarly, when you are angry, give some extra time.  You can calm down inside.  This means not just controlling your
outward behavior, but also controlling your internal responses, taking steps to lower your heart rate, calm yourself down,
and let the feelings subside.www.facebook.com/aznamzakaria

Monday 30 April 2012

bErSiH MeRdEkA

Semalam aku masih di daerah tenang,
Dan hari ini aku melenggang di dataran lengang,
Yang khabarnya semalam pincang,
Dengan dawai belum terburai,
Dan keringatku kian berderai,
Dengan fikiran kacau merungkai.

Selak sini kata itu,
Selak sana kata ini,
Jika ku tanya yang ini pastilah begini,
Jika ku tanya yang itu pastilah begitu,
Lalu ku ramas,
Ku lempar semuanya.

Anak muda bergalang dusta,
Yang tua menatih nista,
lalu kupulangkan pada masa,
ku pulangkan kepada yang bijaksana,
dan pada mereka yang mengaku bijaksana.

Kerna pandangku dihijab jua,
Dek biru tua,
Dek biru muda,
Hijau putih, merah,
Dan kuning bersih,
Oleh semua.

Di dataran ini,
Bersihkan merdeka,
Tinggallah...........





Wednesday 4 January 2012

::DiA dAn KaU::

Satu hari, bila kau jatuh dan terngadah,
Pastinya bukan dia yang akan membantumu.
Bukan jua konco-konconya, rakan-rakannya, jiran-jirannya, keluarganya ataupun ilmunya.
Akan tetapi rakan-rakanmu, jiran-jiranmu, keluargamu dan ilmumu.
Jadi berbuat baiklah terhadap mereka-mereka yang bakal membantumu.

Kerana dia hanya untuk kesenangannya.
Hartanya untuk kesenangannya.
Dan kau jua untuk kesenangannya.

Jangan adatkan menyusah yang susah.
Jangan adatkan menyenang yang senang.
Lihat dunia dari mata burung.
Bukan lihat dari bawah tempurung.

Katakan tidak pada yang tidak.
Walau tidak pada sang guru.
Katakan benar pada yang benar.
Walau benar pada seteru